KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Nur Fatin Alia Zainudin, 22, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli turut berdepan hukuman penjara tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Nur Fatin Alia telah didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di sebuah premis di Gong Badak dekat Kuala Nerus pada 2.33 petang 30 Okt 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan dihukum di bawah Seksyen 5(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Nozaizeli Abu Samah manakala Nur Fatin Alia diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir.
Sementara itu, tiga wanita iaitu Murni Nur Akma Idrus, 25, Syarafina Syafirah Razilah, 27, dan Siti Sarah Dian Ali, 42, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama di lokasi berbeza sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada Jun, Julai dan Oktober 2022.
Mohd Zul Zakiqudin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.
Siti Sarah Dian dan Syarafina Syafirah diwakili peguam Hayat Muhamad manakala Murni Nur Akma tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Nozaizeli Abu Samah manakala Nur Fatin Alia diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir. - Gambar hiasan
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 hina kalimah Allah
Wai Loong hanya menjadi keyboard warrior serta tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.